Assalamualaikum/salam sejahtera,

Hi, kami Morezki Marketing And Resources (002122549-T) .

Sejarah Perniagaan

Kami bermula secara online. Laman web kami Morezki.my dulu dikenali sebagai Resobugs.com. Kami beroperasi sejak dari 2005 di Pulau Pinang secara parti-time dan mula mendaftarkan perniagaan secara rasmi pada 2008 di Kuala Lumpur dengan nama Resobugs Creative yang mana perniagaan tersebut dijalankan secara separuh masa dan fokus kepada niche perniagaan perkhidmatan membuat laman web dan video.

Perkembangan Perniagaan

Bermula pada tahun 2012, kami telah mempertingkatkan keupayaan perkhidmatan kami dengan memberi lebih penekanan kepada produk online mesra pengguna dan juga  aplikasi layan diri (self-servis) yang lebih pantas, ringkas dan yang paling penting ianya mudah dan mempunyai sifat mudah alih (mobile).

Melalui fasa perubahan tersebut, kami menjenamakan semula laman sesawang (website) syarikat kami kepada Morezki.my yang mana tujuan penubuhannya adalah berkongsi peluang menjana pendapatan bersama komuniti.

Bermula pada tahun 2014, kami memasuki fasa baru dengan melibatkan diri dalam bidang perkhidmatan sivil (pembinaan dan pengubahsuaian) dan projek membaik pulih penghawa dingin.

Morezki.my dan kesemua laman web dan perniagaan online yang disenaraikan di dalam perkhidmatan dan produk kami  dimiliki dan diuruskan sepenuhnya oleh  Morezki Marketing And  Resources (002122549-T).

morezki-dp

Kepakaran

Kami adalah gabungan orang muda & orang lama yang berpengalaman lebih daripada 10 tahun dalam bidang media baru (new-media) manakala dalam bidang sivil kami mempunyai pakar yang berpengalaman lebih dari 20 tahun.

Kerjasama

Kami amat mengalu-alukan kerjasama dari pelbagai syarikat, perniagaan dan perseorangan dari pelosok Malaysia dan luar negara untuk perkembangan perniagaan.  Buat masa ini kami bekerjasama dengan :

@KapalLorek Art Space  – untuk perkembangan seni visual
AKZ Sdn Bhd – Untuk projek pembinaan