Jaminan wang adalah 60 hari dari tarikh pembelian produk*
Kami mempunyai pengembalian wang tunai mengikut syarat-syarat seperti yang dinyatakan bagi produk tertentu sahaja.

Tiada jaminan wang untuk perkhidmatan
Kami tidak menawarkan jaminan wang kembali untuk servis.

Saya tetap mahu pulangan wang muka untuk batalkan perkhidmatan yang ditempah kurang dari 7 hari.
Boleh. Tuntutan mesti dilakukan dalam 7 hari dari tarikh bayaran wang muka tempahan. Pelanggan boleh meminta penamatan / membatalkan projek yang ditempah. Kami akan mengembalikan 100% wang muka kepada pelanggan dalam 30 hari dari tarikh pembatalan di sahkan pengurusan.

Contoh :
Bayaran wang muka pada 1hb Januari 2011  > Batalkan Tempahan 6hb Januari 2011  > Pengesahan Pembatalan Tempahan 11hb Januari 2011 > Terima Wang Kembali dalam akaun Pelanggan :  11hb Februari 2011

Jika tuntutan dilakukan pada 8-14  hari selepas tempahan dibuat; nilai pulangan wang adalah bergantung kepada budi bicara pengurusan. Terdapat kos  yang perlu di ambil kira dan ditolak dalam kos. Sebelum anda membuat tempahan dan membayar deposit atau wang muka. Pastikan anda membaca terma dan syarat dan bersetuju untuk membuat tempahan perkhidmatan bersama kami. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian yang timbul sebelum dan selepas tempahan dibuat. Tiada jaminan pulangan wang selepas 14 hari dari tarikh tempahan.

Polisi ini tidak tertakhluk kepada pertanyaan tempahan oleh pelanggan. Hanya kepada tempahan yang sudah membuat bayaran muka sahaja.

Barang dah siap. Tapi kami tidak berpuas hati. Kami mahukan pulangan wang.
Maaf, hasil akhir servis adalah bersifat subjektif. Sekiranya barang telah diterima kami tidak akan memberikan pulangan wang. Sila pastikan anda membuat semakan kualiti perkhidmatan sebelum membuat tempahan.

Barang rosak ketika sampai di rumah.
Sila pulangkan semua barang termasuk resit, kotak dan pembungkusan untuk mendapatkan gantian. Kerosakan akibat salah laku persendirian / manusia adalah tidak termasuk.

Saya masih tidak faham tentang polisi ini
Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.

 

*Produk  : produk yang mempunyai jaminan wang akan dinyatakan dalam nota jualan produk tersebut.