Pelanggan, ejen, wakil, dan pengguna produk morezki.my perlu mematuhi  syarat dan ketentuan sebagaimana ditetapkan di bawah ini:

Hak Cipta Terpelihara

Setiap bahagian daripada laman web ini atau produk yang ditawarkan tidak dibenarkan disalin, dicetak dan disebarkan dengan cara apapun termasuk media sosial tanpa kelulusan dan persetujuan daripada morezki.my. Beberapa nama, maklumat, logo, gambar, rekaan, tajuk, kandungan laman web ini dan produk morezki.my dilindungi oleh Undang-undang Hak Cipta 1987. Setiap penggunaan tanpa kebenaran daripada pihak kami, undang – undang akan diambil. Perkongsian maklumat  seperti gambar, dan video produk perkhidmatan melalui media sosial, blog dan media baru adalah dibenarkan. Dengan syarat ianya tidak mempunyai unsur fitnah. Sebarang pengubahsuaian untuk kepentingan peribadi adalah dilarang.

Pernyataan

Semua maklumat yang diberikan pada produk baik secara langsung atau tidak langsung  adalah bersifaf subjektif. Kami tidak dapat menjamin bahawa setiap pengguna akan berjaya meskipun kami sedaya upaya telah memastikan bahawa kami telah memberikan yang terbaik. Kami juga tidak akan bertanggungjawab atas kerugian atau kecederaan yang anda peroleh ketika menggunakan produk dan perkhidmatan tersebut. Ini adalah termasuk kepada semua kerosakan seperti- serangan virus, kerosakan komputer, kecederaan pada diri mereka sendiri, serangan hacker, kegagalan sistem berfungsi  dan sebagainya. Kami sekali lagi menegaskan tidak menjanjikan pendapatan yang akan diterima oleh konsumer. Semuanya bergantung pada usaha dan kerja keras manual anda  sendiri.

Kandungan dan Akses Rahsia

Setiap kandungan atau akses rahsia yang diberikan khusus bagi pengguna yang mendaftar dengan  morezki.my  adalah untuk kegunaan peribadi. Konsumer dilarang keras untuk menyebarkan kandungan atau akses rahsia kepada pihak lain tanpa notis terlebih dahulu. Anda perlu mendapat kelulusan daripada kakitangan kami untuk berkongsikan akses atau kandungan.

Maklumat peribadi, Keahlian, Link

Keahlian maklumat seperti UserID, Password, Discount Code adalah milik pengguna sahaja. Tidak boleh diberi kepada pihak ketiga secara langsung atau tidak langsung. Pautan (link)yang di guna untuk memuat turun(download), laman link rahsia, laman link keahlian  rahsia adalah dilarang keras untuk disebarkan  dengan cara apa pun baik secara langsung atau tidak langsung. Kegagalan untuk mematuhi polisi akan mengakibatkan akses pengguna akan dibatalkan terhadap akaunnya.

Etika dan Prosedur

Kami tidak pernah membenarkan mana-mana maklumat, material ,produk, perkhidmatan dan kandungan dalam laman web ini dimasukkan ke dalam laman web seperti laman porno, web jenayah, , web hacker, spam, laman web isu-isu politik dan laman berisiko tinggi. Semua kegiatan promosi harus menggunakan maklumat dan penjelasan yang benar dan tepat tanpa ada unsur – unsur penipuan dan eksploitasi.

Polisi Anti-SPAM 

Kami menyokong dasar anti-SPAM. SPAM bermaksud bahawa anda sedang melakukan kegiatan promosi seperti menghantar email kepada pengguna tanpa kebenaran, melakukan iklan di web dengan tidak beretika dan rasa hormat untuk website tersebut, melakukan hal-hal – hal-hal yang mengganggu privasi orang lain yang boleh merosakkan reputasi kami. Jika pengguna melakukan hal ini, tindakan dan firma undang – undang akan diambil.

Pembatalan Akaun / Keahlian

Kami mempunyai hak untuk membatalkan setiap – akses dan penggunaan kepada sebarang produk sekiranya ada pengguna yang melanggar peraturan – termasuklah perkhidmatan, kandungan maklumat dan produk yang ditawarkan. Kami juga akan mengambil tindakan untuk menyekat mana-mana pengguna yang  menyalahgunakan perkhidmatan, kandungan dan produk-produk maklumat yang diberi apabila menerima aduan daripada pihak lain. Kami juga berhak untuk mengubah dan menukar mana-mana syarat dan kandungan daripada laman web, produk dan maklumat tanpa pemberitahuan awal.

Jaminan pulangan wang

Jaminan pulangan wang adalah bersyarat. Sila rujuk syarat=syarat Jaminan Wang

Data

Pengguna disarankan untuk membuat salinan (backup) untuk kegunaan sendiri. Hilangnya data akibat kelalaian pengguna adalah berada di luar kawalan kami dan kami tidak akan melayan sebarang alasan  untuk mendapatkan kembali data akibat kecuaian manusia.

Dasar Privasi

Kami hanya mengambil data daripada pengguna yang telah menjadi pembeli atau pengguna yang berkenaan untuk artikel – artikel atau bahan – bahan produk melalui sistem pendaftaran email . Setiap pembelian yang dibuat  menggunakan kad kredit atau perbankan adalah selamat. Pembelian kad kredit dilakukan melalui “secure connection” (SSL). Semua data yang kami terima adalah terpelihara daripada diceroboh oleh pihak asing. Kami tidak akan memberi, menjual atau mengedarkan data pengguna kepada pihak ketiga tanpa kebenaran.

Email 

Email yang dihantar oleh kami kepada pelanggan adalah dilanggan oleh pengguna melalui pendaftaran email  mereka sendiri dan secara automatik. Pengguna boleh keluar dari list email dan sistem automatik pada bila-bila masa hanya melalui link “unsubcribes”   yang selalu disertakan dalam setiap email yang dihantar.

Hubungi 

Kami boleh dihubungi melalui borang hubung di sini. Oleh kerana itu, sebagai pelanggan atau agen morezki.my, anda tertakluk pada terma dan syarat yang ditetapkan di atas. Kegagalan untuk memenuhi salah satu syarat di atas boleh menyebabkan  hak-hak anda sebagai pelanggan atau agen kami terbatal.